Barisan Nasional (BN) sedang meneliti calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag di Sabah, susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perbincangan awal sudah pun diadakan antara Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN Sabah bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #barisannasional #DUNLamag





