Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM351.97 juta yang terlibat dalam kebakaran sepanjang tahun lalu, meningkat berbanding RM274.5 juta pada 2024.
Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, peningkatan nilai harta yang diselamatkan itu antara lain hasil peranan besar dimainkan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS), khususnya dari segi masa tindak balas awal. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #JBPMPerak





