Program Budi Madani RON95 (BUDI95) merupakan langkah awal kerajaan dalam melaksanakan penyasaran semula subsidi bahan api secara berperingkat sebelum mencapai matlamat asal yang dikehendaki oleh kerajaan.
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, ia bertujuan memastikan transisi berkenaan berlaku dengan lebih teratur tanpa menimbulkan banyak masalah teknikal serta memberi kesan kepada rakyat.
Menurut beliau, peringkat pertama proses BUDI95 bermula dengan semua rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan serta lesen memandu layak menerima subsidi itu manakala warga asing tidak layak. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #budi95