IPOH – Penduduk di Perak, khususnya sekitar bandar raya ini, diminta agar kekal bertenang susulan insiden bunyi letupan dan gegaran kuat yang dilaporkan berlaku baru-baru ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, walaupun kejadian seumpama itu pernah berlaku tahun lalu, keadaan semasa masih dilaporkan selamat tanpa sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda. -MGPerak