IPOH – Mana-mana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang berdepan dengan sebarang isu berkaitan peperiksaan termasuk banjir diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan Lembaga Peperiksaan atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk membantu kesemua calon SPM untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan berkenaan. -MGPerak