Berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang undang-undang bukanlah penghalang buat Naqib Islah Afifi Mohd Rafie untuk memperkenalkan dunia seni dan kraftangan kepada orang ramai.
Pemuda berusia 26 tahun dari Kuala Lumpur ini membuka Cipta Karya bukan sekadar bengkel seni semata-mata, tetapi sebuah pengalaman interaktif untuk sesiapa sahaja yang ingin menyelami dunia kraftangan, khususnya batik.
Menurutnya, bengkel seni yang beroperasi sejak Disember tahun lalu itu terletak di Jalan Bijeh Timah berhampiran dengan lokasi pelancongan terkenal Concubine Lane (Lorong Panglima), di sini. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #visitmalaysia2026