Pernah memainkan peranan penting dalam nadi sejarah negeri, Sungai Perak sepanjang 400 kilometer (km) merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
Sejarah juga membuktikan bahawa terdapat hubungan kebergantungan antara masyarakat dan sungai dalam peningkatan kemajuan teknologi yang seterusnya mencetus peradaban yang lebih eksentrik dari aspek material dan bukan material.
Maka tidak hairanlah Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, mengangkat pelancongan pesisir sungai di Daerah Perak Tengah sebagai salah satu Flagship di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.
Usaha itu dibuktikan melalui wajah baharu Dataran Nordin@Sungai Perak yang terletak di Tanjung Belanja di mana lokasi berkenaan sebelum ini menjadi kawasan terbiar meskipun berpotensi untuk dimajukan.