IPOH – Persidangan Dewan Belia Negeri Perak tahun ini membentangkan 11 usul utama meliputi pendidikan, ekonomi, sosial, pelancongan, teknologi, kelestarian alam sekitar, perumahan dan perkahwinan belia selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mesyuarat itu melibatkan 63 Ahli Dewan Belia yang dipilih daripada 162 calon melalui proses pemilihan berdasarkan potensi kepimpinan, pemikiran kritis, kefahaman isu semasa, komunikasi dan kreativiti menyelesaikan masalah. -MGPerak