MGPerak: Ejen Pekerja Asing Mengaku Tak Salah Lima Pertuduhan Tipu Pelaburan

81

IPOH – Seorang ejen pekerja warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Khamis atas lima pertuduhan menipu pelaburan melibatkan nilai kira-kira RM58,000 tahun lalu.

Tertuduh, N. Narendran, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu M Punnusamy, 66, dengan memperdaya untuk mempercayainya bahawa tertuduh boleh memberi pulangan pelaburan pembekalan barang-barang Hospital Raja Permaisuri Bainun yang tinggi. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini