Perdana Menteri bersedia mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan kenaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan M40 daripada 75 peratus kepada 100 peratus.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama PTPTN melihat dan mengkaji cadangan itu.