Kerajaan Negeri Perak akan menerima pakai pendirian Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran yang dibawa syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, susulan itu kerajaan negeri akur dan akan mengambil langkah-langkah perlu termasuk daripada segi penguatkuasaan. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak