MGPerak: Gunting Rambut Percuma Oleh Anggota Rela Antara Tarikan PMR 2026 Perak

58

IPOH – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tampil menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada pengunjung yang hadir pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini.

Inisiatif tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada orang ramai, malah menjadi platform untuk memperkenalkan RELA kepada masyarakat, selain pendaftaran ahli baharu turut dibuka melalui sistem MyRELA di reruai jabatan berkenaan.

Penolong Pegawai Rela Daerah Selama, Azuan Hafiezi Mohamad Nor berkata, sebelum ini perkhidmatan tersebut telah dilaksanakan di Tapah dan Manjung. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini