Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), dekat sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh serta Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.
Majlis yang dihadiri lebih 2,000 jemaah itu dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil.