MGPerak: Hasnah Bina Perniagaan Dim Sum Halal, Kini Tembusi Pasaran Semenanjung

30

BERMULA dengan hanya menghasilkan produk makanan sejuk beku secara kecil-kecilan, jenama Naim Dim Sum Frozen Food atau Naim Dim Sum kini semakin berkembang apabila mendapat permintaan tinggi dari pelbagai negeri di Semenanjung.

Perusahaan yang diusahakan Hasnah Ahmad Shah Azizi, 60, bersama anak bongsu daripada tiga beradik Naim Asyraf Zakaria, 30, itu kini berjaya menghasilkan pelbagai produk termasuk gyoza yang menjadi antara produk paling mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan.

Hasnah berkata, sebelum berpindah ke premis perniagaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, beliau menjalankan perusahaannya dari sebuah rumah sewa yang dijadikan sebagai bengkel penghasilan produk di Ipoh pada tahun 2016. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini