Kerajaan ketika ini tidak pernah membincangkan perkara asas dalam Perlembagaan yang menyentuh soal prinsip Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan pihak pembangkang itu disifatkan sebagai suatu khayalan di samping membawa kepada kebencian masyarakat berdasarkan kepada pemalsuan fakta.
Katanya, kerajaan baik di Persekutuan atau negeri, tidak pernah menimbulkan sebarang perkara atau ingin mengubah kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera, serta Raja-raja Melayu sebagaimana didakwa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak