Selepas 43 tahun tidak berlangsung, Istiadat Tabal Mandi Balai kembali diadakan sebagai sebahagian daripada Istiadat Pertabalan Datuk Panglima Kinta Ke-18, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan di perkarangan kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kinta, di sini, pada Isnin.
Sekitar jam 9.30 pagi, istiadat dimulakan dengan bacaan doa sebelum Ab Wahab dan isteri Toh Puan Datin Lailee Abdul Hamid dibawa mengelilingi satu pusingan sebelum naik ke tempat mandi atau dikenali sebagai balai bagi diadakan upacara bersiram.
Menurut pengkaji sejarah, Fazil Shuhaimi Talib, istiadat berkenaan mempunyai persamaan dengan Istiadat Tabal Pusaka sebagaimana dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #IstiadatTabalMandiBalai