IPOH – Polis mengesahkan menerima tiga laporan berhubung aktivis dan pelakon Rafidah Ibrahim yang didakwa cuba memanipulasi isu Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semua laporan itu dibuat di Ipoh oleh pelbagai pihak semalam.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, setakat ini pihaknya masih belum memanggil Rafidah untuk memberi keterangan. -MGPerak