IPOH – Pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple yang menyumbangkan satu pingat emas menerusi skuad triples pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 Clark, Filipina baru-baru ini dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi tahun 2023/2024.
Bagi Olahragawati Negeri Perak pula diungguli atlet tenpin boling, Sin Li Jane yang menewaskan dua lagi calon iaitu atlet boling padang, Aleena Ahmad Nawawi dan atlet berbasikal, Nyo Chi Hui. -MGPerak