TAPAH – Jadual perjalanan Bas Perak Sejahtera bagi laluan Chenderiang-Tapah-Chenderiang akan ditukar mengikut kesesuaian seperti yang diminta penduduk sepanjang laluan berkenaan bermula 1 Disember 2024.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng berkata, perkara itu telah dimuktamadkan dalam Sesi Taklimat Dan Lawatan bagi Laluan Baru Bas Perak Sejahtera Chenderiang-Tapah-Chenderiang bersama agensi kerajaan dan pengurusan Perak Transit Berhad. – MGPerak