Projek menaik taraf Jalan Perajurit, Taman Ipoh Timur di sini melibatkan pembinaan dua lampu isyarat, penganjakan pembahagi jalan serta pelebaran laluan bakal dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan dan kelancaran trafik di kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How berkata, projek itu dirancang selepas melalui proses libat urus bersama penduduk dan peniaga sekitar, memandangkan jalan berkenaan adalah laluan utama ke kawasan sekitar termasuk Tambun serta akses ke Bercham dan Ipoh Barat. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #ProjekmenaiktarafJalanPerajurit





