IPOH – Tindakan senarai hitam akan diambil Kerajaan Negeri Perak terhadap peniaga yang menjual atau memindahkan lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, secara umumnya, tidak kira sama ada lesen bazar Ramadan atau sebarang lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ia terikat dengan pihak yang diluluskan untuk menjalankan perniagaan sahaja.
Menurutnya, PBT akan menilai secara spesifik menilai syarat pemohon sebelum memberi kelulusan dan jadi tidak akan berlaku tukar atau jual lesen kepada pihak ketiga. – MGPerak