PKR Perak anjur sambutan Tahun Baharu Cina 17 Februari

IPOH – Parti Keadilan Perak (PKR) akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Tokong Kuan Im, Kampung Baru Chui Chak, Langkap dekat Teluk Intan pada 17 Februari ini.

Pengerusinya, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, program yang bermula jam 7 malam itu dijangka akan dihadiri kira-kira 1,500 pengunjung termasuk Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi PKR Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi serta wakil dari komponen Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, kehadiran pemimpin parti serta rakan-rakan dari pelbagai latar belakang akan menjadikan majlis tersebut lebih bermakna sebagai platform untuk memperkukuhkan perpaduan.

“Pelbagai acara menarik telah disusun pada majlis ini dalam suasana muhibbah dan harmoni dengan menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan yang melambangkan keunikan dan kekayaan masyarakat Cina.

“Antaranya, termasuk tarian singa, persembahan muhibbah pelbagai etnik, persembahan wushu dari atlet Sukma (Sukan Malaysia) Negeri Perak serta jamuan makan malam,” katanya.

PKR Perak anjur sambutan Tahun Baharu Cina 17 Februari
Poster Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Chui Chak, Langkap, pada 17 Februari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 FEBRUARI 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung majlis berkenaan di Pejabat PKR Perak di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Mohamad Hairul Amir menjemput masyarakat setempat untuk turut serta dalam majlis ini sebagai tanda solidariti serta perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat majmuk di negeri ini.

“Kami percaya bahawa perayaan seperti ini bukan sekadar simbol budaya tetapi juga satu ruang untuk kita bersama-sama memperkukuhkan keharmonian serta nilai saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lebih 17,000 meriahkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI