Warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) atau BAS.MY di ibu negeri terpilih perlu membayar tambang pada kadar biasa tanpa subsidi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, golongan itu tidak layak memperoleh keistimewaan melalui pas bulanan perjalanan tanpa had iaitu Kad 30 Hari BAS.MY bernilai RM50 sebulan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak