Golongan muda khususnya graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan kumpulan yang sering menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan atau ‘job scam’ ke luar negara.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi berkata, ini kerana golongan berkenaan sering terpedaya dengan tawaran kerja bergaji lumayan yang diiklankan secara tidak sah, termasuk melalui media sosial. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak