IPOH – Kira-kira 270 jemaah haji Malaysia berdepan detik mencemaskan apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej haji seperti yang tidak dijanjikan oleh sebuah syarikat pelancongan pada tahun lalu.
Salah seorang mangsa, Mai Akmal Mohamad, 35, berkata syarikat itu pada awalnya menjanjikan visa haji, namun sebaliknya hanya memberikan visa pelancong ketika mereka berada di Tanah Suci. -MGPerak