IPOH – Program Kampung Angkat MADANI (KAM) di bawah kelolaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diterjemahkan menerusi penaiktarafan serta pembangunan infrastruktur tapak Pasar Baharu Manjoi kepada Dataran Niaga Kampung Manjoi yang lebih tersusun, kondusif dan berdaya saing.
Projek bernilai RM500,000 yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) itu menyediakan ruang perniagaan yang lebih selesa dan selamat kepada peniaga serta pengunjung khususnya di Gugusan Manjoi.
Dataran niaga dibangunkan LHDN yang turut dijenamakan sebagai HASiL ini mampu memuatkan 28 ruang niaga dalam satu-satu masa dan secara tidak langsung dapat merancakkan aktiviti ekonomi di kampung tersebut. -MGPerak





