MGPerak: Kampung Angkat MADANI: Projek Nilai RM1.2 Juta Beri Manfaat 600 Penduduk

1

TAIPING – Sebanyak empat projek pembangunan bernilai RM1.2 juta telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI di Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, dekat sini.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohd Zahari Ismail berkata, pelaksanaan projek sejak tahun lalu itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 600 penduduk.

Kata beliau susulan daripada itu, JPPKK kemudian melaksanakan ‘Projek Kampung Angkat MADANI TVET’ selama 17 hari bermula Selasa, di lokasi sama melibatkan peruntukan lebih daripada RM200,000. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini