Karnival Cakna Digital memberi penekanan kepada penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab melalui latihan praktikal serta sesi interaktif, supaya masyarakat bukan sahaja tahu menggunakan teknologi, tetapi juga mampu melindungi diri dan keluarga.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program seperti Kelas e-Dagang Desa, Pertandingan Kreatif Digital serta Sudut Digital untuk Warga Emas mencerminkan pendekatan yang inklusif, memberi ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk belajar secara berperingkat, tanpa rasa terpinggir atau terbeban. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #KarnivalCaknaDigital





