IPOH – Sentuhan karya seni yang dihasilkan secara tradisi menggunakan tangan mempunyai nilai dan jiwa berbanding penggunaan kecerdasan buatan (AI), kata Seniman Diraja, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat.
Kartunis tersohor yang menghasilkan karya ikonik Kampung Boy (1979) itu berkata, meskipun kandungan lukisan yang dihasilkan oleh AI dilihat amat menarik namun ia masih kekurangan kehalusan seni serta jiwa. -MGPerak





