IPOH – Perak merekodkan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berjumlah RM86.2 billion dengan pertumbuhan 4.4 peratus pada tahun 2024.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan Laporan Sosioekonomi Negeri Perak 2024, ia menunjukkan peningkatan berbanding 2.7 peratus pada tahun sebelumnya dengan menandakan trajektori pemulihan yang kukuh.
Menurutnya, angka tersebut membuktikan bahawa Perak berada di landasan yang betul dalam memacu pembangunan yang inklusif dan mampan. -MGPerak