IPOH – Paluan gendang Cina dan tarian singa menyambut ketibaan pengunjung di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada hari ini.
Program anjuran Tourism Malaysia itu turut diadakan lapangan terbang utama di seluruh negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) dan KLIA 2, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah sempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026). -MGPerak





