PARIT BUNTAR – Jangkaan kenaikan harga telur sehingga tiga sen sebiji selepas penghapusan subsidi bermula 1 Ogos depan hanya sekadar ramalan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata, perkara seperti itu pernah berlaku semasa kerajaan mengapungkan harga ayam di mana ramai pihak membuat andaian kenaikan harga namun sebaliknya berlaku.
Mohamad berkata, pihaknya akan mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memantau perkembangan situasi itu dari semasa ke semasa. -MGPerak