Kerajaan Perak meminta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mempertimbangkan cadangan pembangunan perumahan bagi generasi kedua Masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu telah diusulkan kerajaan negeri melalui Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun pada Mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) yang diadakan di Ibu Negara, pada minggu lalu. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak