KUALA KANGSAR – Kerajaan Negeri Perak menyalurkan hampir RM2 juta peruntukan bagi menaik taraf infrastruktur pelancongan di daerah Kuala Kangsar setakat Julai, sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, dana berjumlah RM1.97 juta itu melibatkan pelbagai projek di kawasan tumpuan pelancong, termasuk sebahagian di daerah Sungai Siput. -MGPerak