IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyampaikan sumbangan berjumlah RM45,000 untuk diagihkan kepada sembilan waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragis di Teluk Intan, pada 13 Mei lalu.
Sumbangan itu disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kepada Pemangku Pegawai Pemerintah PSP Unit 5, Deputi Superintenden Muhamad Amin Mat Yassin di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam, pada Jumaat. -MGPerak