IPOH – Situasi penyakit batuk kokol atau pertussis di Negeri Perak dilaporkan terkawal dengan hanya satu kes disahkan positif setakat Minggu Epidemiologi ke-29 tahun ini, berbanding 29 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan berkata, sepanjang tempoh 29 Disember tahun lalu hingga 19 Julai, sebanyak 41 notifikasi diterima bagi kes disyaki pertussis, namun hanya satu kes disahkan positif berdasarkan ujian makmal. -MGPerak