IPOH – Polis menunggu arahan daripada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi meneruskan siasatan semula kes kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam, enam tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, sekiranya ada arahan berkenaan, pihaknya akan membuka semula kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes tersebut termasuk di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MGPerak