Tindakan khatib yang tidak mahu membacakan teks khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum ini disifatkan sebagai perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh didiamkan sama sekali.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, mendiamkan diri terhadap tindakan itu ibarat membiarkan barah menular lebih luas yang akhirnya dikhuatiri bakal menimbulkan perpecahan umat.
Titah baginda, perkara itu telah disembah maklum kepada baginda selain meminta agar masjid dan surau wajib dibersihkan daripada kegiatan orang yang tempang menyebarkan dakyah songsang. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #khutbahjumat