Polis merampas pelbagai barangan bernilai RM18 juta dalam serbuan ke atas sebuah kilang haram memproses sisa elektronik (e-waste) yang beroperasi di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini pada Isnin.
Serbuan kira-kira jam 7 pagi itu dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi operasi bersepadu Op Hazard Mega 3.0.
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pemeriksaan menemukan pelbagai kelengkapan di kawasan kilang terbabit yang disyaki digunakan untuk pemprosesan e-waste secara haram. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #JIMPerak #EWaste





