IPOH – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) melalui inisiatif promosi, kerjasama industri dan peningkatan kualiti latihan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ini kerana TVET adalah pemangkin utama kepada pembangunan negara yang berteraskan kemahiran, inovasi dan daya saing global. -MGPerak