IPOH – Hab perindustrian bersepadu baharu, KLK TechPark, di kawasan seluas 607 hektar di Tanjung Malim dijangka akan menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Fasa pertama pembangunan melibatkan pembukaan kilang pemasangan kenderaan oleh syarikat kenderaan elektrik (EV) global, BYD Company Limited (BYD) yang merangkumi kawasan seluas 60.7 hektar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, taman perindustrian yang dibangunkan anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), KLK Land itu dilihat menyokong kepada aspirasi pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) Tanjung Malim. -MGPerak