IPOH – Pegawai Kanan VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, pada Khamis sempat memindahkan wang belanja kepada anak sulungnya sehari sebelum kejadian.
Zhairif Iman, 19, berkata, kali terakhir dia menghubungi bapanya adalah pada Rabu malam bagi meminta duit belanja persekolahan ekoran dia sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). -MGPerak





