MGPerak: Konflik Senjata India, Pakistan Boleh Jejas Bekalan Beras Malaysia – Mohamad

68

PARIT BUNTAR – Konflik bersenjata antara India dan Pakistan boleh menjejaskan bekalan beras negara memandangkan kedua-duanya merupakan antara pengeksport utama ke Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, buat masa ini India dan Pakistan mengeskport hampir 38 peratus beras putih dan basmati bagi kegunaan rakyat negara ini.

Menurut beliau, justeru itu, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merancang untuk berunding dengan Vietnam, Thailand dan Kemboja bagi meningkatkan import beras ketiga-tiga negara dalam usaha melengkapkan stok domestik. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini