Pengorbanan seorang bapa membesarkan lapan cahaya mata dengan hasil menjual nasi lemak terbalas apabila anak perempuannya menerima Anugerah Menteri Besar Perak, sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17.
Awang Kecil Yahya, 51, dari Pulau Pinang berkata, saat melihat anak keduanya Nur Masitah diumum sebagai salah seorang penerima anugerah membuat dia berasa bangga dan terharu.