TELUK INTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan penguatkuasan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 membabitkan 16 barang selama sembilan hari bermula Sabtu ini.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak lima jenis barangan ditambah dalam SHMMP Tahun Baharu Cina tahun ini daripada 11 barangan tahun lalu.
Menurut beliau, tempoh pelaksanaan bermula 25 Januari hingga 2 Februari itu akan dilaksanakan empat hari sebelum perayaaan, sehari masa hari raya dan empat hari lagi selepas Tahun Baharu Cina. -MGPerak