Walaupun teknologi telefon pintar kini semakin canggih, namun khidmat jurugambar profesional terus menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat ketika ini dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jika suatu ketika dahulu potret keluarga dirakam di kedai gambar lama, kini kemunculan studio fotografi moden yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutama di bandar raya ini menawarkan pengalaman lebih menarik bagi mereka yang mahu mencuba kelainan.
Di sebalik pakaian hari raya yang sedondon, sesi merakam potret keluarga bertambah seri dengan sentuhan kreatif pengusaha-pengusaha studio seperti penggunaan tirai latar, set dan prop yang menarik -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MemoriHariRaya #StudioHariRaya





