MGPerak: Langgar Mati Tiga Lelaki Pakistan: Pembantu Kedai Makan Mengaku Tidak Bersalah

37

TELUK INTAN – Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan, pada Khamis, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian tiga lelaki warga Pakistan 1 Syawal tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Azizol Abdul Rasheed, 37, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta jenis Proton Iswara di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zahir, 31; Shayan Muhammad 22 dan Khan Adil, 33. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini