Lebih daripada 1,000 pengunjung memeriahkan program Perarakan Kebudayaan Kampar dan Hari Tanpa Kenderaan yang dianjurkan Majlis Daerah Kampar, di sini, pada Sabtu.
Acara dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar Negeri Perak.
Turut hadir ke program adalah, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; Timbalan Ketua Pengarah Promosi II Tourism Malaysia, Samuel Lee Thai Hung, serta Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #beyoutifulkampar #visitmalaysia2026