IPOH – Seramai 1,121 pelajar dan 487 ibu bapa dari komuniti India di seluruh Perak telah diberi peluang menyertai lawatan ke Universiti Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST), di Kedah, pada Sabtu lalu.
Ia dianjurkan oleh Badan Perhubungan MIC Negeri Perak di bawah pimpinan Pengerusinya, Tan Sri M. Ramasamy.
Menurut Ramasamy, penganjuran program ‘AIMST Our Choice’ sebagai tujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta tentang kursus serta fakulti yang tersedia di institusi berkenaan. -MGPerak