MGPerak: Lebih 93,000 Pengunjung Hadir Meriahkan PMR 2026 Perak Setakat Hari Kedua

52

IPOH – Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak merekodkan lebih 93,000 orang pengunjung pada hari kedua ia berlangsung.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, program ini bukan sekadar sebuah acara, malah manifestasi tekad Kerajaan Madani untuk mendengar suara rakyat, memahami denyut nadi masyarakat dan menterjemahkan keperluan rakyat kepada tindakan yang nyata.

Menurutnya, sejak diperkenalkan pada tahun 2024 sebagai antara program flagship Kerajaan Madani, PMR membawa pendekatan baru iaitu mendekatkan lebih 280 jenis perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat; bukan lagi sekadar di pejabat atau atas kertas, tetapi turun ke lapangan, kampung dan ke setiap pelosok negeri. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini